Monday, July 30, 2012
shisha
ada yang kata shisha tu 400 kali ganda lagi teruk dari rokok tapi sayangny aku tahu lambat.. aku dah bnyk hisap baru aku tahu benda ni bahaya, dan sekarang aku yang terima padah.
tekak aku ada radang. and paru2 dan jantung aku dah tak sekuat dulu . .
ni semua shisha punya pasal ~
nyesal aku tak dengar cakap DIA awak sy minta maaf sngt2 sbb tx ikut cakap awk. .
kalau sy ikut cakap awk msti sy sehat ag an sekarang ni ??
berikut serba sedikit tentang shisha . .
Pernahkah anda menghisap shisha? Kegiatan menghirup bau-bauan yang menyenangkan itu ternyata tidak seindah faktanya. Para pengkaji menyebutkan bahawa shisha tersangatlah bahaya, bahkan lebih bahaya daripada rokok.
Shisha adalah kegiatan menghirup aroma buah-buahan dan tembakau yang dibakar, lalu wapnya dialirkan melalui pipa atau bejana dan dihidu oleh hidung melalui satu alur khas yang dipanggil selang.
Selama ini shisha dianggap sebagai sesuatu yang tidak memudaratkan dan tidak menimbulkan efek berbahaya. Namun para pengkaji dari Department of Health and the Centre for Tobacco Control menyebutkan bahawa sisha sama bahayanya dengan merokok kerana dapat meningkatkan kandungan karbon monoksida di dalam tubuh.
Bahkan, dalam satu set kegiatan menyedut shisha, didapati bahawa kadar kandungan gas itu mampu mencapai antara empat hingga lima kali level karbon monoksida yang lebih banyak dibandingkan pada rokok, sekaligus mampu mendatangkan kesan khayal dan lebih teruk lagi boleh menyebabkan kerosakan otak.
Ketika Dr Hilary Wareing menemukan fakta itu, dia terkejut dan mengatakan bahawa Shisha sama bahayanya, bahkan lebih bahaya dibanding rokok. “Pada keadaan yang sangat parah, shisha dikatakan lebih berbahaya 400 hingga 450 kali daripada rokok, ia sangat berbahaya!” ujar Hilary.
Selama ini orang-orang yang tidak merokok menyalurkan hasrat merokok mereka lewat Shisa. Aktiviti yang diusung oleh warga Timur Tengah itu saat ini sudah menjadi trend di beberapa kafe atau atau premis perniagaan yang tumbuh mencambah di negara ini.
Banyak orang yang pergi ke tempat yang menyediakan perkhidmatan shisha berasa aman dan puas, dan menganggap shisha sebagai alternatif merokok. Hal inilah yang menjadi salah tanggapan di dalam masyarakat kita.
“Kami mendapati dari satu sesi kegiatan shisha selama 30 minit mengandungi 10 miligram karbon monoksida yang lebih tinggi berbanding rokok,” jelas Hillary. Dengan adanya penemuan ini, para pakar kesihatan berharap para pengguna shisha berfikir dua kali untuk terus melakukan kegiatan itu.
sumber : BBC
berhenti lah sebelum kamu tertagih dengan benda ni ya :))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment